Prestasi Cemerlang | Perak tiada hasrat tukar individu ketuai GLC, badan berkanun
Perak tidak berhasrat untuk menukar individu yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun ekoran perubahan kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, hal ini kerana kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasi yang mereka tunjukkan.