PRN Johor | Pertaruhan muka baharu cerminkan pembaharuan
Calon-calon yang dipertaruhkan parti-parti politik utama negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencerminkan pembaharuan yang cuba ditampilkan.
Menurut Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis, calon yang dinamakan adalah berdasarkan tuntutan semasa yang mahu melihat kepada kepimpinan baharu.
