Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | BN bentang laporan kesiapsiagaan Ogos ini

PRU15 | BN bentang laporan kesiapsiagaan Ogos ini

Laporan kesediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ogos ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, Perdana Menteri ketika ini sedang menunggu waktu sesuai untuk mengadakan PRU ke 15, namun sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, 'signal' atau isyarat yang tepat perlu diberikan.