Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Zahid, Anwar mungkin bekerjasama nanti - Muhyiddin

PRU15 | Zahid, Anwar mungkin bekerjasama nanti - Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tolak kemungkinan bakal wujud kerjasama antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum (PRU15) bagi membentuk kerajaan.

Jelas Muhyiddin, kerjasama itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu kerana Anwar akan membawa sama parti Pakatan Harapan lain termasuk DAP untuk tujuan berkenaan.