Khairy dakwa kepercayaan Anwar-Zahid kini di tahap terendah
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa, kepercayaan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini di tahap paling rendah sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk pada 2022. Beliau mendakwa ia susulan hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang semakin mencabar, terutama selepas BN memilih bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang lalu.