Puluhan rakyat Palestin terbunuh pada hari kedua Aidiladha
Di saat umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, rejim zionis terus membunuh rakyat Palestin.
Kekejaman itu berlaku pada hari kedua Aidiladha apabila hampir 50 rakyat Palestin terbunuh manakala kira-kira 100 lagi cedera selepas tentera Israel melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Sabtu.