Rusia-Ukraine | Lebih banyak kekejaman Rusia terbongkar
Seminggu selepas tragedi berdarah di bandar Bucha, mungkin lebih banyak perbuatan kejam Rusia di Ukraine bakal terbongkar.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, tentera Rusia menjadi dalang kepada tragedi yang lebih buruk di Borodyanka, sebuah bandar di barat laut Kyiv.