RWMF 2022 | Mengadaptasi festival selari dengan perubahan masa
Selepas 10 tahun, founding father atau pengasas Rainforest World Music Festival (RWMF), Randy Raine Reusch kembali menjejakkan kaki ke bumi kenyalang untuk melihat sendiri 'anak emasnya' itu.
Katanya, cabaran pandemik dan krisis antarabangsa seperti yang berlaku antara Ukraine dan Rusia, membuatkan penganjur terpaksa menukar perancangan, termasuk mengadakannya secara hibrid.