Sejauh mana syarikat Malaysia berjaya mengadaptasi AI?
Laporan Mencungkil Potensi AI Malaysia 2026 oleh Amazon Web Services (AWS) menunjukkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan syarikat semakin meluas, namun majoriti masih tertumpu pada aplikasi asas. Perbincangan menilai tahap kematangan syarikat Malaysia, jurang strategi dan kemahiran serta keupayaan meningkatkan penggunaan AI pada skala lebih besar.