Sapura Energy sasar kurangkan hutang hampir 50 peratus
Sapura Energy merancang untuk mengurangkan jumlah hutangnya hampir separuh, daripada RM10.8 bilion kepada RM5.6 bilion dalam usaha menyusun semula kewangan dan mencapai keuntungan mampan.
Langkah itu dijangka menjimatkan lebih RM500 juta setahun dalam perbelanjaan faedah, sekali gus memberi ruang kepada syarikat menyelesaikan pembayaran vendor tertunggak.