Sekarang baru mahu jadi hero, mana kamu ketika berkuasa? - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap segelintir bekas pemimpin yang tampil sebagai ‘wira rakyat’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Beliau berkata, ketika berkuasa dahulu, golongan pemimpin itu gagal melaksanakan tanggungjawab, tetapi kini lantang bersuara dengan menuding jari mencari kesalahan pihak lain.
