awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Bung Moktar pertahan DUN Lamag, Mohamad Alamin bertarung di Bongawan

Hasimi Muhamad, Khalis Khadir
Hasimi Muhamad, Khalis Khadir
09/11/2025
11:27 MYT
PRN Sabah: Bung Moktar pertahan DUN Lamag, Mohamad Alamin bertarung di Bongawan
Majlis pengumuman calon BN bagi PRN Sabah hari ini. - Gambar BN Sabah
KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2020.
Antara pemimpin berpengaruh yang turut menjadi tumpuan semasa pengumuman calon BN pada sebentar tadi ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang dipertaruhkan di Bongawan.
Bung Moktar berkata, Mohamad diberi kepercayaan untuk merampas kerusi dimenangi Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kerana beliau berjiwa rakyat yang sering melawat kawasan Parlimennya, Kimanis, meliputi dua kerusi DUN iaitu Bongawan dan Membakut.
Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula membuat kemunculan pertama kali di DUN, dan akan berentap di Tempasuk bagi memastikan kerusi disandang BN itu kekal dipertahankan.
Selain Bung Moktar, Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak juga mengekalkan kerusi disandangnya di Usukan, yang dimenangi bergaya dengan majoriti 4,298 dalam pertembungan tiga penjuru pada PRN16 lalu.
Selaras dengan usaha BN dalam menampilkan calon berwibawa dan profesional, Dr Shahnon Rizal Thaijuddin yang merupakan doktor perubatan dipertaruhkan di Sulaman, kawasan disandang oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Seorang lagi doktor perubatan yang ditampilkan ialah Dr Elmiariezan Ardan di DUN Apas.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup pula diamanahkan di Sook bagi merampas kerusi disandang Perikatan Nasional (PN).
Secara keseluruhan, BN akan bertanding di 41 kerusi DUN PRN Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November ini.
Bagaimanapun, Bung Moktar memaklumkan, kesemua calon yang diumumkan itu belum muktamad sepenuhnya dan tertakluk kepada perkembangan mutakhir menjelang hari penamaan calon.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Bung Moktar Radin
#Mohamad Alamin
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan