Selain kerugian harta benda, mangsa alami trauma
Banjir dan tanah runtuh yang melanda Kampung Kolupis baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk setempat. Mereka berkongsi pengalaman pilu dan kerugian besar selepas beberapa hari kediaman mereka dilanda hujan lebat yang tidak berhenti.