Seorang maut, empat lagi parah
Seorang disahkan maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kenderaan jenis perodua Viva terbabas di Jalan Batu Sapi, berdekatan Taman Pohing, Sandakan pada pagi Selasa. Mangsa lelaki berusia 42 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di badan.