Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Sesi Sekolah 8 Pagi | Psikologi pelajar akan lebih baik

Sesi Sekolah 8 Pagi | Psikologi pelajar akan lebih baik

Psikologi pelajar akan lebih baik jika sesi persekolahan bermula jam 8 pagi berbanding 7.30 pagi ketika ini.

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, tempoh masa ke sekolah yang dianjakkan memberi ruang kepada ibu bapa untuk menyiapkan anak-anak sekali gus memastikan pelajar lebih bersedia untuk memulakan sesi persekolahan.