Skuad Sukarelawan BN Sabah bantu mangsa tanpa kira fahaman politik
Skuad Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Sabah dilancarkan bagi membantu mangsa yang terjejas dengan bencana alam di seluruh negeri itu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan yang sudah aktif sejak Khamis lalu itu juga akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan rasmi.