Sukan | Ashleigh Barty umum persaraan di usia 25 tahun
Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengejutkan arena sukan antarabangsa apabila umum persaraan pada usia 25 tahun.
Bintang kelahiran Queensland itu membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagram pada Rabu serta memberi gambaran bahawa mahu mengejar impian lain.