Sukan | Liga Malaysia kembali ke Astro, 244 perlawanan dalam HD
Selepas hampir sedekad, Astro teruja untuk kembali sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai 'Home Of Sports'.
Bagi musim 2023/24, Astro komited untuk meningkatkan tahap liputan bukan sahaja untuk perlawanan, tetapi juga di belakang tabir, berita bola sepak terkini serta taklimat media sebelum dan selepas perlawanan.