Sumber kuasa yang diperoleh melalui sogokan bukan jaminan kesetiaan - Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, telah ada manusia yang sanggup bersekongkol dan bersubahat melakukan kemungkaran serta tergamak berbohong, kerana lupa bahawa punca rezeki, kuasa, pangkat dan jawatan datangnya daripada Allah Subhanahu Wata’ala.