Sun-J Perumal angkat kisah identiti India
Pengarah filem Jagat Multiverse, Sun-J Perumal, menjelaskan karya beliau bukan sekadar penceritaan tetapi satu perjalanan memahami diri dan komuniti India di Malaysia. Beliau menekankan pendekatan reflektif dalam filemnya membuka ruang perbincangan mengenai isu identiti dan representasi minoriti di layar tempatan.
