AS tambah jet pejuang F-35 di Caribbean, Trump nafi agenda tukar rejim
Amerika Syarikat menambah 10 jet pejuang siluman F-35 di Puerto Rico sebagai sebahagian daripada operasi memerangi kartel dadah di Caribbean. Presiden Donald Trump memberi amaran pesawat Venezuela boleh ditembak jatuh jika mengancam keselamatan tentera AS, namun menafikan Washington mahu menggulingkan kerajaan Nicolas Maduro.