Tapak pelupusan Jerangau-Jabor dipantau 24 Jam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memantau selama 24 jam tapak pelupusan sampah Jerangau-Jabor di Kuantan selepas kebakaran hampir satu hektar berjaya dikawal, bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan berisiko seperti paip gas dan pencawang elektrik.