[TERKINI] Anwar sambut positif ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut positif pengukuhan nilai ringgit yang mencecah paras 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat, paras tertinggi dalam lebih tujuh tahun. Penganalisis menjangkakan pengukuhan itu disokong prospek ekonomi Malaysia yang lebih kukuh serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
