[TERKINI] Jumlah mangsa banjir meningkat ke 2,892
Jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan pertambahan setakat jam 12 tengah hari tadi.
Menurut laporan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir dipindahkan di lima negeri terjejas adalah 2,892 orang membabitkan 845 keluarga.