Situasi banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 3,839 orang setakat jam 11 pagi Isnin. Seramai 70 kampung di tiga daerah terjejas iaitu Pitas, Paitan dan Tawau, dengan Pitas mencatatkan jumlah tertinggi melibatkan 2,662 mangsa daripada 1,355 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS. Di Paitan, 1,485 mangsa ditempatkan di 12 PPS, manakala Tawau merekodkan 245 mangsa dengan satu PPS dibuka.