Majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Jumaat ditangguhkan ke Sabtu. Setakat ini, tiada penjelasan rasmi diberikan berhubung penangguhan tersebut. Istiadat yang dijangka berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail itu bakal menyaksikan barisan kepimpinan baharu kerajaan negeri melafazkan sumpah simpan rahsia dan menerima watikah pelantikan masing-masing. Terdahulu, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional meraih kemenangan besar pada PRN Johor ke-16.