[TERKINI] Keputusan SPM diumum 8 Jun 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).
Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik...
