[TERKINI] Suami isteri ditahan terima rasuah lebih RM600,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman sepasang suami isteri hari ini kerana dipercayai meminta dan menerima wang rasuah lebih RM600,000 bagi kerja-kerja pelantikan syarikat pengangkutan untuk sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 50-an dan 40-an ditahan di kediaman mereka di Petaling Jaya kira-kira jam 7 malam, Sabtu.