Tiga termasuk suami isteri direman terima suapan RM30,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan reman tiga individu termasuk dua pegawai penguat kuasa kanan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan melepaskan rakan lelaki tersebut yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.