Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Tragedi | 151 maut, 150 cedera dalam rempuhan acara Halloween di Seoul

Tragedi | 151 maut, 150 cedera dalam rempuhan acara Halloween di Seoul

Lebih 150 terbunuh dalam insiden rempuhan ketika orang ramai meraikan Halloween di sebuah kawasan hiburan di Seoul, pada Sabtu malam.

Menurut pihak berkuasa Balai Bomba Yongsan, pada masa sama, 150 orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di daerah Itaewon di ibu kota Korea Selatan itu.

Angka kematian dijangka terus meningkat memandangkan 19 mangsa cedera, keadaannya adalah kritikal.