Skip to main content

Advertisement

Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan di Banting

Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan di Banting

Tiga lelaki disahkan maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, awal pagi tadi. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.