Trump sahkan kehadiran ke Persidangan ASEAN di Kuala Lumpur pada Oktober - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan hadir ke Persidangan ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur Oktober ini. Trump pada masa sama turut menzahirkan penghargaan atas peranan Malaysia dalam meredakan konflik Kemboja-Thailand, hasil kesepakatan ASEAN serta kerjasama trilateral bersama AS dan China.