Undi Tak Percaya | ‘Saya tak takut apa-apa’ – Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan tidak mahu ambil pusing dakwaan kononnya bakal ada usul undi tidak percaya terhadapnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, hujung bulan ini.
Tegas beliau, angin politik yang sengaja ditiupkan dengan spekulasi seumpama itu merupakan suatu perkara biasa.