Skip to main content
Advertisement
Awani pagi: Filem Tempatan | Berani Bercerita Atau Takut Tak Laku?

Awani pagi: Filem Tempatan | Berani Bercerita Atau Takut Tak Laku?

Filem tempatan semakin mendapat tempat di pawagam, tetapi adakah kejayaan industri hanya diukur melalui angka kutipan box office? Di sebalik kejayaan komersial, timbul persoalan sama ada pembikin filem masih mempunyai ruang untuk menghasilkan karya yang berani, kritikal dan mengangkat realiti masyarakat, atau semakin terikat dengan formula yang terbukti laris. Adakah kita sedang menghasilkan filem yang mahu ditonton, atau filem yang perlu ditonton?