UNHCR Lubnan zahir kebimbangan mendalam terhadap korban awam
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Lubnan menyatakan kebimbangan mendalam terhadap kematian orang awam di negara itu.
Menerusi satu hantaran di X pada Rabu, UNHCR berkata undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dipatuhi, dan melindungi orang awam adalah satu kewajiban yang kritikal.