UNRWA kurang masa, dana teruskan operasi kemanusiaan Gaza
Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa agensi itu kini berdepan kekangan masa dan dana dalam usaha mengekalkan operasi kemanusiaan di Gaza yang semakin tenat.
