Usah berkira carum i-Sayang buat isteri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta golongan suami supaya tidak berkira untuk membuat pemotongan KWSP kepada isteri menerusi inisiatif i-Sayang.
Anwar berkata, inisiatif i-Sayang yang memindahkan hanya dua peratus dari syer caruman suami dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada golongan wanita yang bergelar isteri dan ibu.