YDP Dewan Rakyat ucap penghargaan, PSA 2025 perkukuh pemisahan kuasa
Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengembalikan autonomi Parlimen, memperkukuh demokrasi dan prinsip pemisahan kuasa.
Tan Sri Johari Abdul merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang menyokong pelaksanaan akta tersebut.