Wanita tonggak emosi keluarga, tekanan sering tersembunyi
Wanita memainkan peranan penting sebagai penyeimbang emosi dalam keluarga, namun tekanan yang mereka tanggung sering tidak disedari. Pakar Psikologi CPC International, Dr Noor Aishah Rosli menjelaskan wanita bukan sahaja mengurus rumah tangga dan kerjaya, malah sering bertindak sebagai perantara emosi bagi memastikan keharmonian keluarga terpelihara.