Washington dakwa tindakan China gugat kestabilan serantau
Amerika Syarikat mengecam tindakan China terhadap anggota Tentera Laut Filipina di Laut China Selatan yang disifatkan sebagai berbahaya dan agresif. Washington menggesa Beijing menghentikan tindakan yang didakwa menjejaskan kestabilan serantau, sambil menegaskan sokongan terhadap sekutunya, Filipina.