UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Agenda AWANI: Isu keciciran pembelajaran: Intervensi KPM

Mengupas langkah-langkah intervensi terhadap isu keciciran pembelajaran dan pendekatan luar kotak mengurus akses pendidikan serta meningkatkan pencapaian murid Malaysia yang masih kurang memberangsangkan.

Wed May 08 2024

Tiada sambungan internet, sukarkan operasi penghantaran bantuan melalui udara – Pengarah Misi KHOM

Tiada sambungan internet, sukarkan operasi penghantaran bantuan melalui udara – Pengarah Misi KHOM

Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), Nik Marina Hussin berkata ketiadaan hubungan internet di Gaza telah menyukarkan operasi penghantaran bantuan melalui udara yang dijadualkan. Namun, bantuan tetap akan dihantar, sekurang-kurangnya makanan yang disiapkan sampai kepada rakyat Palestin yang sangat memerlukan.

#AgendaAWANI
Wujudkan halaman budaya inovasi, bertukang di kawasan Melayu – Pengerusi IKR

Wujudkan halaman budaya inovasi, bertukang di kawasan Melayu – Pengerusi IKR

Pengerusi Institut Kesedaran Rakyat (IKR), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin menyarankan agar satu halaman diwujudkan di setiap kawasan berpenduduk Melayu. Jelasnya, halaman ini bagi menggalakkan aktiviti inovasi dan bertukang oleh generasi muda.

#AgendaAWANI
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk – Pengarah Misi KHOM

Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk – Pengarah Misi KHOM

Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), Nik Marina Hussin berkata penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum. Namun, pada masa yang sama kaedah penghantaran bantuan ini turut membolehkan khalayak dileraikan seterusnya mengurangkan risiko ditembak rambang oleh tentera Israel.

#AgendaAWANI
Agenda AWANI: Ekonomi + Teknologi: Budaya Melayu. Bincangkan..

Agenda AWANI: Ekonomi + Teknologi: Budaya Melayu. Bincangkan..

Apa cabaran dalam usaha untuk membudayakan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu dengan kebangkitan teknologi dalam era digital ketika ini?

Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Operasi Kecemasan Gaza Melalui Udara 2.0

Agenda AWANI: Operasi Kecemasan Gaza Melalui Udara 2.0

Sekurang-kurangnya 1,230 kotak makanan akan dihantar melalui Operasi Kecemasan Gaza Melalui Udara 2.0 oleh Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) untuk penduduk di utara Gaza, selewat-lewatnya bulan depan. Apa pula cabaran buat misi kali ini?

Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: Akta Syarikat (pindaan) 2024 | Reformasi perundangan korporat

Agenda AWANI: Akta Syarikat (pindaan) 2024 | Reformasi perundangan korporat

Sejauh mana reformasi kerangka perundangan korporat melindungi dan mengukuhkan kepentingan syarikat-syarikat Malaysia dalam penarafan tadbir urus perniagaan yang kondusif di samping mengawal dan memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan?
Agenda AWANI: Masihkah wujud ‘zon selamat’?

Agenda AWANI: Masihkah wujud ‘zon selamat’?

Serangan rejim Israel ke atas kem pelarian di Rafah membuktikan tidak ada tempat yang selamat di Gaza? Bagaimana pula misi bantuan kemanusiaan dapat digerakkan ketika keganasan jenayah genosid terus memuncak?
Agenda AWANI: Era baharu Malaysia-China

Agenda AWANI: Era baharu Malaysia-China

Apa selepas ini buat hubungan 50 tahun Malaysia-China, bukan sekadar mencerminkan kerjasama sedia ada tetapi menguatkan peranan kedua-dua buah negara dalam dinamika geopolitik serantau dan kerangka ekonomi global? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Israel sombong, ingkar perintah Mahkamah Dunia

Agenda AWANI: Israel sombong, ingkar perintah Mahkamah Dunia

Israel sekali lagi tolak perintah Mahkamah Dunia untuk henti operasi ketenteraannya di Gaza sebaliknya terus menyerang rakyat Palestin. Apa lagi yang boleh dilakukan dunia untuk menghentikan keganasan rejim tersebut? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Momentum agenda reformasi

Agenda AWANI: Momentum agenda reformasi

Apa mekanisme paling tepat untuk pantau pelaksanaan agenda reformasi dan bagaimana nak yakinkan rakyat tentang sistem tatakelola yang baik?
Agenda AWANI: Mekanisme subsidi diesel bersasar

Agenda AWANI: Mekanisme subsidi diesel bersasar

Rasionalisasi subsidi, bagaimana nak imbangi langkah kurang popular dan keperluan mendesak untuk matlamat penjimatan dan kecekapan produktiviti?

Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar

Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar

Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar

Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar

Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis

Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis

Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis

Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.