Mon Sep 25 2023
Proses incubation penyelidikan inovasi membantu usaha pengkomersialan - Juara INNOVATHON
Juara INNOVATHON dan pencipta NACOTS, Prof. Dr. Anis Nurashikin Nordin berkata proses incubation dalam tempoh tiga tahun yang meliputi proses penghasilan produk dan pemasaran kepada pihak pelabur membantu usaha pengkormesialan inovasi yang dicipta. Jelasnya, proses ini memerlukan kerjasama erat dengan pihak industri.
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam
Panel Penasihat Perpaduan PEDi bantu rangka aktiviti, promosi - MCMC
Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Bukhari Yahya berkata Panel Penasihat Perpaduan PEDi ditubuhkan untuk membantu merangka program dan aktiviti yang sesuai dengan keperluan komuniti setempat. Jelasnya, ini adalah untuk memastikan lebih ramai penyertaan masyarakat seterusnya meningkatkan kadar literasi teknologi digital.
Kemahiran teknologi tinggi, inovatif dibawa ke luar bandar melalui PEDi - MCMC
Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Bukhari Yahya berkata Pusat Ekonomi Digital (PEDi) membolehkan pengetahuan dan kemahiran teknologi tinggi serta inovatif dikongsikan kepada penduduk bandar. Jelasnya, ini bagi memastikan keterangkuman akses kepada teknologi maklumat untuk semua rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran dunia tanpa sempadan.
Pengagihan subsidi menggunakan sistem MySARA langkah terbaik - Penganalisis UiTM Sabah
Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Prof. Madya Dr. Firdausi Suffian berkata pengagihan subsidi secara bersasar dengan memanfaatkan sistem Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) adalah langkah yang terbaik. Jelasnya, kaedah tersebut akan memastikan setiap rakyat yang benar-benar memerlukan berdasarkan data semasa.
Penjimatan subsidi tidak wajar membebankan rakyat - Penganalisis USM
Pensyarah Kanan Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Abdul Rais Abdul Latiff berkata penjimatan kewangan kerajaan dengan pelaksanaan subsidi bersasar adalah langkah yang baik. Namun beliau menegaskan kepentingan memberi perhatian kepada pelaksanaannya agar tidak membebankan rakyat dan menyebabkan berlakunya keciciran kumpulan M40.
Agenda AWANI: Persidangan PEDi Madani 2023 | Pemangkin ekonomi digital negara
Buat julung kalinya, Persidangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) MADANI 2023 dianjurkan pada 29 November untuk memperkasa komuniti setempat menerusi digitalisasi dan pemangkin bagi ekosistem digital agar dapat memenuhi keperluan masa depan yang inovatif. Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Subsidi bersasar 2024 | Bersediakah kita?
Apa mekanisme terbaik bagi pelaksanaan program subsidi bersasar RON95 yang bakal bermula pada separuh kedua 2024 dan bagaimana ia boleh beri pulangan manfaat eknomi kepada rakyat dan negara? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Keterjaminan makanan terus diperkukuh
Setahun Kerajaan Perpaduan, di mana sebenarnya pencapaian dan keberhasilan inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan negara ditahap terbaik sekali gus selaras dengan aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan? Temu bual khas bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu 9 malam ini.
Kerajaan pertimbang subsidi untuk kumpulan berpendapatan sederhana yang memerlukan - KPDN
engarah Kanan, Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Mohammad Sanusi Abdul Karim berkata Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memastikan kumpulan berpendapatan sederhana yang memerlukan bantuan terus mendapat insentif tersebut. Namun, beliau tetap menegaskan subsidi pukal bukan penyelesaian kepada isu kos sara hidup ketika ini.
Agenda AWANI: SCOL 2023: Menangani kos sara hidup
Simposium Kos Sara Hidup Tahun 2023 (SCOL 2023) akan diadakan pada 28 hingga 29 November 2023 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya antara lain beri tumpuan kepada perbincangan berkaitan kos sara hidup rakyat melibatkan pakar-pakar dari pelbagai latar belakang antaranya ekonomi, kewangan dan sosial.
Agenda AWANI: PEDi | Meningkatkan taraf ekonomi sosioekonomi komuniti melalui ekonomi digital
Diskusi #AgendaAWANI 9 malam ini membawa kisah kejayaan usahawan digital PMKS yang menerima manfaat pelaksanaan dan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
Agenda AWANI: Selepas setahun....anak muda puas hati?
Selepas setahun pasca PRU15, apa penilaian anak muda terhadap pencapaian pentadbiran Kerajaan Perpaduan? Apa yang ‘ok’ dan apa pula yang perlu ditambah baik khususnya berkaitan agenda pemerkasaan belia? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Leading With Purpose, A Champion Of Change
A thought-provoking conversation with Datuk Seri Vijay Eswaran offering his unique insights into leadership strategies, corporate vision and the journey of steering a prominent organisation in today's dynamic business landscape. #AgendaAWANI 9pm tonight on @501Awani
Agenda AWANI: Selepas setahun PRU15…
Setahun pasca PRU15 dan pembentukan Kerajaan Perpaduan, apa penilaian di mata rakyat? Kestabilan politik dan ekonomi, bagaimana ia boleh dan perlu dipertahankan?