Wed May 29 2024
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Polis tembak mati lelaki ada 24 kes jenayah lampau selepas berbalas tembakan
Polis menembak mati seorang lelaki paling dikehendaki yang mempunyai 24 rekod jenayah lampau selepas berbalas tembakan di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan pada jam 5.30 pagi Jumaat. #AWANInews
Perang dengan Iran? 'apa sahaja boleh berlaku' - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time. Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran. #AWANInews
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan bahawa beliau tidak boleh memuaskan hati semua pihak susulan beberapa pihak mendesaknya meletak jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Mohammed Al-Bashir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Syria
Mohammed Al-Bashir, bekas pemimpin Kerajaan Penyelamat, memimpin kerajaan peralihan Syria sehingga Mac 2025 selepas kejatuhan Presiden Bashar al-Assad. #AWANInews
"Sebut negeri Kelantan mereka akan buli" - YB Tumpat
Ahli Parlimen Tumpat berkata buli berlaku apabila ia dimulakan dalam bentuk penghinaan jawapan dan sindiran daripada pemimpin daripada negeri lain sepatutnya dibantu. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Badut belon didakwa rogol, cabul remaja
Seorang badut belon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan November tahun lalu. #AWANInews
Jalan di Gua Musang digenangi air, terputus hubungan
Hujan berlanjutan selama sehari sejak petang Isnin menyebabkan beberapa laluan jalan dan jambatan di daerah Gua Musang, Kelantan terputus hubungan apabila dilimpahi banjir. #AWANInews
Laporan RCI mahu 'tuju' kepada saya seorang - Tun Mahathir
Sehubungan itu, Dr Mahathir menafikan laporan RCI bahawa beliau telah menipu Kabinet dan tidak membuat keputusan secara sembunyi. #AWANInews
Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Sebuah video tular menyaksikan orang ramai berkumpul di penjara Sednaya di Syria, sambil melaungkan slogan dan memeriksa dokumen mencari tanda tentang ahli keluarga yang telah lama ditahan pada Isnin. #AWANInews
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang.
"Saya tak boleh jawab untuk menghormati mahkamah" - PM
"Saya tertakluk...saya boleh jawab... bagi masa lepas mahkamah. Saya akan bawa datang sini untuk jawab," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya YB Kota Bharu tentang Titah Adendum.
Titah Adendum tidak dibangkitkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan dihadiri PM
Menurut Perdana Menteri, permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023. "Saya persembah kepada Tuanku atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Datuk Seri Najib adalah munasabah kalau diberi pertimbangan. Tuanku Agong memberi perkenan agenda tambahan, "Pada masa itu, dalam mesyuarat yang saya hadir tidak langsung bangkit isu kandungan Adendum yang dimaksudkan," jelas Anwar. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat