UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PM letak batu asas bina Masjid Madani di Masjid India 27 Mac

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan. Berucap pada sambutan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis, Anwar memaklumkan program akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak. #AWANInews

Tue Mar 25 2025

Kira-kira 80% kakitangan di Putrajaya obesiti - KPPA

Kira-kira 80% kakitangan di Putrajaya obesiti - KPPA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dedahkan kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.
#AWANInews
Semua pelajar wajar diraikan tanpa mengira keputusan

Semua pelajar wajar diraikan tanpa mengira keputusan

Semua pelajar wajar diraikan tanpa mengira keputusan peperiksaan masing-masing kerana setiap usaha mereka menyumbang.
#AWANInews
Calon gagal semua mata pelajaran meningkat 1,789 orang

Calon gagal semua mata pelajaran meningkat 1,789 orang

Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah calon Sijil Pelajaran Malaysia 2024 yang gagal iaitu 1,789 berbanding 1,467 calon pada tahun 2023.

#AWANInews
Paparan salah Jalur Gemilang: KPM mohon maaf atas kecuaian

Paparan salah Jalur Gemilang: KPM mohon maaf atas kecuaian

Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

#AWANInews
Tangisan Gaza Belum Berakhir: 51,201 Terbunuh, Ribuan Lagi Cedera Akibat Serangan Berterusan Dalam tempoh 24 jam, 44 rakyat Palestin terbunuh dan 145 cedera. Serangan didakwa menyasar rumah dan khemah pelarian.

Bilangan angka korban di Gaza sudah mencecah kepada 51,201 orang. Manakala, bilangan kecederaan pula meningkat kepada 116,869 orang.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di sana, dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin terbunuh dan 145 lagi cedera dalam operasi ketenteraan rejim Israel di wilayah tersebut. Pertahanan awam di Gaza pada Sabtu menyatakan bahawa serangan Israel menyasarkan rumah kediaman dan khemah yang menempatkan penduduk yang dipindahkan.

Pasukan Pertahanan Israel menyatakan dalam kenyataan pada Jumaat bahawa operasi ketenteraan mereka hanya menyasarkan "organisasi pengganas" tetapi sumber tempatan dan saksi mata pula melaporkan sebaliknya.

#AWANInews
Ketua Balai Polis ditahan positif dadah

Ketua Balai Polis ditahan positif dadah

Seorang ketua balai polis ditahan selepas didapati positif empat jenis dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Jumaat lalu.

#AWANInews
Keputusan rayuan Syed Saddiq ditangguhkan ke 24 April ini

Keputusan rayuan Syed Saddiq ditangguhkan ke 24 April ini

Mahkamah Rayuan pada Khamis menetapkan tarikh lain iaitu pada 24 April hadapan bagi pengurusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). #AWANInews
Keputusan SPM 2024 keluar pada 24 April

Keputusan SPM 2024 keluar pada 24 April

Seramai 402,956 calon menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.
#AWANInews
Presiden China Xi Jinping Tamat Lawatan ke Malaysia, Berlepas ke Kemboja Pagi Ini

Presiden China Xi Jinping Tamat Lawatan ke Malaysia, Berlepas ke Kemboja Pagi Ini

Presiden China Xi Jinping hari ini berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air China yang membawa Xi dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.04 pagi.

Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Kehormat) mengadakan kawalan kehormatan untuk Xi sempena upacara pelepasan di Kompleks Bunga Raya.

#AWANInews

📷: PMO
Bekas tentera, polis akan jadi warden MRSM

Bekas tentera, polis akan jadi warden MRSM

MARA lantik bekas pegawai tentera dan polis sebagai warden dalam projek rintis di MRSM terpilih, usaha capai sasaran sifar buli dalam kalangan pelajar. #AWANInews
Sin Chew Daily terima titah Agong, ambil tindakan disiplin

Sin Chew Daily terima titah Agong, ambil tindakan disiplin

Sin Chew Daily menerima titah Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan Jalur Gemilang di muka hadapan akhbar, menjalankan siasatan dalaman dan mengambil tindakan disiplin terhadap petugas yang bertanggungjawab. #AWANInews
Trump dakwa pertemuan untuk 'merosakkan' AS

Trump dakwa pertemuan untuk 'merosakkan' AS

Presiden AS, Donald Trump menyatakan jelajah Presiden China Xi Jinping ke beberapa negara ASEAN minggu ini dianggap sebagai usaha untuk "merosakkan" Amerika.
#AWANInews
Bendera lambang kedaulatan negara, tidak boleh dipersenda - Agong

Bendera lambang kedaulatan negara, tidak boleh dipersenda - Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, menegaskan bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara.

#AWANInews
Polis siasat video pelajar UiTM berpakaian seperti kumpulan pelampau bangsa

Polis siasat video pelajar UiTM berpakaian seperti kumpulan pelampau bangsa

Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa berpakaian menyerupai kumpulan pelampau bangsa.
#AWANInews
Presiden China Xi Jinping Disambut oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Bersama Perdana Menteri dan Barisan Menteri Kabinet Sempena Lawatan Negara Selama Tiga Hari ke Malaysia

Presiden China Xi Jinping Disambut oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Bersama Perdana Menteri dan Barisan Menteri Kabinet Sempena Lawatan Negara Selama Tiga Hari ke Malaysia

Presiden China Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan Xi pada 10.30 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet. #AWANInews