Sun Nov 10 2024
10 Berita Pilihan - (10 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia tidak boleh rasa selesa dalam soal pertahanan
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan supaya Malaysia tidak berasa selesa dalam soal pertahanan meskipun mengamalkan pendekatan berkecuali dan berusaha menjadi sebuah kuasa pertengahan.
Menurutnya, walaupun Malaysia berkawan dengan semua pihak, negara tidak boleh mengelak daripada terkesan oleh persaingan antara kuasa-kuasa besar, yang boleh mengganggu rantaian bekalan dan mengancam keselamatan.

Ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan mengikut acuan atau format negara luar.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ini kerana format latihan adalah berdasarkan ancaman serta risiko yang wujud di negara ini.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ini kerana format latihan adalah berdasarkan ancaman serta risiko yang wujud di negara ini.
Pahang dan Johor dijangka terjejas gelombang kedua
MetMalaysia meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula Ahad. Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas kali ini.
Harga beras putih import turun
Harga beras import dari India berjaya diturunkan adalah hasil rundingan dengan kerajaan India baru-baru ini.
Presiden AS beri penghormatan kepada tentera
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menzahirkan penghormatan terhadap pengorbanan tentera Amerika sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor.
Pihak berkuasa Republik Dominica rampas 9.5 tan metrik dadah
Pejabat Kawalan Dadah Republik Dominica pada Jumaat menyaksikan rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu dengan penemuan lebih 9.5 tan metrik dadah yang disembunyikan dalam satu penghantaran pisang di sebuah pelabuhan di Santo Domingo.
Warga Korea Selatan terus gesa Suk Yeol letak jawatan
Ribuan warga Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Seoul sebagai menggesa Presiden Yoon Suk Yeol meletakkan jawatan.
TMJ berbesar hati kewujudan JBS, bangun modal insan kualiti
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah, baginda berbesar hati dengan kewujudan Johor Business School (JBS), sebuah fakulti baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Jangkaan luruan monsun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran zahir sokongan terhadap kerajaan Assad di Syria
Iran menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Syria yang dipimpin Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Menurut Menteri luar Iran, Abbad Araqchi, ancaman keganasan di Syria turut menjadi ancaman kepada rantau asia barat.
Menurut Menteri luar Iran, Abbad Araqchi, ancaman keganasan di Syria turut menjadi ancaman kepada rantau asia barat.
AWANI Ringkas: Persiapan banjir gelombang kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Protes di Greece bertukar ganas
Kekecohan tercetus di Athens, Greece pada Jumaat apabila berlaku pergaduhan di antara sekumpulan penunjuk perasaan dan polis.
Insiden itu berlaku menjelang ulang tahun ke-16 pembunuhan seorang remaja lelaki oleh polis.
Insiden itu berlaku menjelang ulang tahun ke-16 pembunuhan seorang remaja lelaki oleh polis.
Pendirian presiden enggan letak jawatan
Menjelang udian pemecatannya di Parlimen pada petang Sabtu berikutan cubaan menjalankan undang-undang tentera, Presiden Yoon Suk-Yeol enggan berganjak daripada pendirian enggan berundur sebaliknya memberi jaminan mahu terus memberikan kepercayaan kepada parti bagi menstabilkan situasi politik.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN
Bagi misi bantuan ini, AADK meletakkan keutamaan bantuan pasca banjir kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.