UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

10 Berita Pilihan - (7 Disember 2024)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sat Dec 07 2024

10 Berita Pilihan - (7 Disember 2024)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga individu didakwa subahat dan bunuh wanita

Tiga individu didakwa subahat dan bunuh wanita

Tiga individu termasuk seorang wanita didakwa di dua Mahkamah Majistret secara berasingan Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang wanita di Skudai.
Ibu dera anak sehingga mati dipenjara tiga tahun

Ibu dera anak sehingga mati dipenjara tiga tahun

Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Teman lelakinya, Muhammad Redza Zainurin, 36, pula didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.
Vivy, Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta

Vivy, Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta

Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen

RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat lima sen bagi tempoh 23 hingga 29 Januari.
Tol Percuma: Keputusan masih belum muktamad

Tol Percuma: Keputusan masih belum muktamad

Keputusan menghentikan tol percuma pada musim perayaan belum dimuktamadkan kerana hanya dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.
Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan bina semula rumah

Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan bina semula rumah

Mangsa kebakaran besar yang memusnahkan 700 buah rumah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas Tawau berharap peruntukan RM10 juta bagi bina kembali kediaman mereka dapat disalurkan segera.
Malaysia pacu inisiatif AI pada kadar paling pantas - PM Anwar

Malaysia pacu inisiatif AI pada kadar paling pantas - PM Anwar

Kecerdasan buatan (AI) mengubah pendidikan, perkhidmatan kesihatan, blok rantai dan Malaysia menggerakkan inisiatif AI pada kadar yang paling pantas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

#AWANInews #WEF25
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bermula Februari ini

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bermula Februari ini

Agihan bulanan berjumlah rm300 akan dilancarkan secara berperingkat dan memanfaatkan sekitar 100,000 penerima dalam kelompok miskin dan miskin tegar.
Sampah punca longkang tersumbat, banjir kilat

Sampah punca longkang tersumbat, banjir kilat

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegur sikap segelintir pihak yang membuang sampah ke dalam longkang sehingga mengakibatkannya tersumbat sekaligus jadi punca berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat.
JKPK ASSP Kagum Kemajuan Sarawak Dalam Teknologi Hidrogen

JKPK ASSP Kagum Kemajuan Sarawak Dalam Teknologi Hidrogen

Pengerusi JKPK ASSP, Datuk Ahmad Amzad Mohamed, menyatakan kekaguman dan keterujaannya melihat perkembangan pesat wilayah ini dalam meneroka potensi teknologi hidrogen, satu bidang yang mana Sarawak kini berada jauh di hadapan.
Ops DUN: Jangan campur tangan siasatan SPRM - Masidi

Ops DUN: Jangan campur tangan siasatan SPRM - Masidi

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang komen berhubung proses siasatan agensi penguatkuasa itu boleh dilihat sebagai satu campur tangan dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Kapitalisme tanpa kawalan mesti berakhir -  PM Anwar

Kapitalisme tanpa kawalan mesti berakhir - PM Anwar

Kapitalisme yang tidak terkawal mesti berakhir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab ketika menjawab apa yang menjadikan seorang pemimpin politik berjaya.

#AWANInews #WEF25
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF

WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF

Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok

Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok

Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.

Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam

Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam

Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN