Walaupun Bajet 2015 mungkin kekal sebagai bajet pengembangan, kerajaan masih dijangka meningkatkan usahanya ke arah penyatuan fiskal dengan matlamat mencapai bajet seimbang pada 2020.
United Overseas Bank (M) Bhd (UOB) dalam satu nota hari ini berkata, mungkin akan ada langkah-langkah lanjut untuk menangani kenaikan kos terhadap perbelanjaan isi rumah dan juga perniagaan akibat kesan daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan.
Bajet 2015 yang merupakan bajet terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke 10 akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan dan dijangka memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, menambah baik kedudukan fiskal kerajaan serta taraf kehidupan.
Dengan pelaksanaan CBP, bank tersebut menjangka inflasi naik kepada 4 peratus pada 2015 daripada unjuran tiga peratus pada 2014 manakala kesan asas yang tinggi serta faedah yang naik akan menjejaskan unjuran pertumbuhan.
Bagaimanapun, mungkin ada pelepasan cukai dalam bajet untuk mengurangkan kesan jangka pendek cukai baharu itu, selain daripada pengumuman pemotongan kadar cukai pendapatan individu serta korporat, kata bank itu.
"Justeru itu, pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disasarkan kepada isi rumah dengan pendapatan rendah dijangka dinaikkan lagi pada 2015," kata bank itu.
Bagi perusahaan kecil dan sederhana, tumpuan adalah untuk menangani kos tinggi dan pertumbuhan yang agak perlahan melalui galakkan produktiviti, kata UOB.
Selepas pelancaran CBP pada 2015, kerajaan dijangka tidak akan mengurangkan usaha penyatuan fiskalnya, katanya.
"Memandangkan bahan api menelan bahagian yang besar dalam perbelanjaan bajet, kami menjangkakan kerajaan memberi fokus kepada pembaharuan skim subsidi bahan api dan rancangan ini akan diumumkan pada bajet yang akan datang," kata UOB.
Ia berkata bajet defisit dijangka berada di bawah tiga peratus daripada Keluaran Kasar Dalam Negara pada 2015 berbanding jangkaan 3.5 peratus pada 2014.
Bernama
Mon Sep 29 2014
Kerajaan masih dijangka meningkatkan usahanya ke arah penyatuan fiskal dengan matlamat mencapai bajet seimbang pada 2020
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.