Aeon Big (M) Sdn Bhd menyasarkan untuk mengimport lebih banyak produk pertanian Jepun ke Malaysia melalui kerjasamanya dengan Persekutuan Nasional bagi Persatuan-persatuan Koperasi Pertanian.
Pengarah Urusan Aeon Big, Mitsuru Nakata berkata dengan populariti amalan pemakanan sihat dan bersih di Malaysia, pasar raya besar itu teruja untuk menyediakan hasil pertanian berkualiti tinggi, dijaga dengan rapi dan inovatif yang ditawarkan oleh Jepun.
"Kami akan membawa masuk lebih banyak produk, antaranya ikan segar, buah-buahan dan sayur-sayuran kepada pengguna Malaysia tahun depan," kata Nakata kepada pemberita pada pelancaran buah pir Nikkori dan ubi kayu Ibaraki dari Jepun hari ini.
Buah pir Nikkori dan ubi kayu tersebut dituai pada pertengahan Oktober dan disimpan hingga Februari.
Ubi kayu tersebut ditanam di wilayah Ibaraki (pengeluar kedua ubi kayu terbesar di Jepun daripada segi kawasan pengeluaran dan jumlah).
Beliau berkata Malaysia dan Jepun mempunyai hubungan ekonomi yang baik serta perdagangan yang kukuh sejak sekian lama.
"Dengan mengeksport hasil pertanian premium Jepun ke Malaysia, kami bukan saja mengekalkan hubungan ekonomi yang baik dengan negara pelbagai kaum ini, malahan kami juga menggalakkan produk berkualiti Jepun untuk dinikmati rakyat Malaysia, mendedahkan rakyat tempatan kepada Jepun di samping mewujudkan pendirian kukuh untuk industri pertanian kedua-dua negara," katanya.
Mengenai rancangan pengembangan syarikat, Nakata berkata Aeon Big akan menambah dua lagi pasar raya besar tahun depan, namun enggan mengulas lebih lanjut.
Aeon Big pada masa ini mempunyai 27 pasar raya besar di seluruh negara.
Bernama
Mon Nov 30 2015
Antara produk yang akan dibawa masuk ialah ikan segar, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pulangan tunai sehingga RM1 juta apabila berbelanja di Tesco dengan aplikasi Boost
Tesco memberikan pulangan tunai sehingga RM1 juta dalam Tesco Wallet, Kenny Rogers Roasters Wallet dan Secret Recipe Wallet apabila berbelanja di Tesco dengan menyertai dan melengkapkan Boost Mission.
Aeon Big akan mengimport lebih banyak produk Jepun ke Malaysia
Import itu adalah melalui kerjasamanya dengan Persekutuan Nasional bagi Persatuan-persatuan Koperasi Pertanian.
Penjenamaan semula Carrefour akan siap April ini
Usaha penjenamaan semula 26 pasar raya besar AEON Big yang dahulunya dikenali sebagai Carrefour dijangka siap menjelang April ini.