awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah

Bernama
Bernama
26/04/2024
15:15 MYT
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Mohd Joh berkata walaupun berhadapan hutang yang lain seperti pembayaran sewa dan sebagainya ia tidak menjejaskan persediaan pasukan Sabah FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas, kata Pengarahnya Mohd Joh Wid.
Beliau berkata Sabah juga sedang aktif melakukan secara berperingkat beberapa pembayaran seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan selain skuad utama, Sabah juga berdepan masalah sama untuk pasukan bawah 23 dan 18 tahun.
"Masalah tunggakan gaji yang telah berlaku sejak tahun lepas itu kita sudah selesaikan, untuk pasukan bawah 23 tahun mereka baru sahaja menandatangani kontrak bulan lepas dan gaji pertama akan dibayar dalam masa terdekat.
"Bagi pasukan senior gaji satu bulan sudah dibayar baru-baru ini, namun ada satu bulan lagi baki dan kita sedang usahakan untuk membayar baki berkenaan," katanya kepada pada sidang media di Stadium Likas di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Mohd Joh berkata walaupun berhadapan hutang yang lain seperti pembayaran sewa dan sebagainya ia tidak menjejaskan persediaan pasukan Sabah FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025 yang akan bermula 10 Mei depan.
"Sabah FC memang mempunyai hutang yang besar, namun segala hutang yang boleh menjejaskan proses perlesenan dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah dijelaskan dan MFL telah memberikan kita kelonggaran mengenai perkara berkenaan," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai pemain baharu Sabah FC, beliau berkata setakat ini pihaknya belum mempunyai perancangan untuk mengambil pemain baharu.
"Kita akan fikirkan perkara itu selepas kedaan kewangan kita semakin baik kerana kini kita sedang mencari penaja," katanya.
Mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC yang baharu, Mohd Joh berkata belum ada keputusan mengenai perkara berkenaan.
"Saya yang akan menjalankan tugas CEO sementara kekosongan jawatan itu dan kita berharap jawatan itu dapat diisi dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO
#mencari penaja
#keadaan kewangan
#pemain baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan