Malaysia tidak akan korbankan dasar Bumiputera dan boleh meneruskan dasar 30 peratus kontraktor Bumiputera dalam sektor pembinaan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA.

Kenyataan tersebut dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika membentangkan usul TPPA pada mesyuarat khas Dewan Rakyat.

Tambahnya seperti yang dilaporkan agensi berita Bernama, TPPA bukan hanya membenarkan syarikat asing masuk ke Malaysia, tetapi syarikat di Malaysia juga boleh masuk ke negara asing.

Pembentangan usul penyertaan Malaysia dalam TPPA di Dewan Rakyat turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara intipati yang disentuh dalam pembentangan tersebut termasuk;
Tambahnya, kerajaan percaya untuk menjadi negara maju dan pendapatan tinggi, Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada sistem perdagangan antarabangsa.

Tegasnya, penglibatan Malaysia dalam TPPA bukan bermakna negara meminggirkan rakan dagang China, ASEAN ataupun negara-negara Islam.

Malaysia, menurut Mustapa, bergantung kepada pelaburan dan perdagangan luar kerana ia pemangkin kemajuan setempat.

Malaysia adalah negara pertama yang membawa TPPA ke Parlimen untuk ditandatangani.

Beliau menambah, tempoh dua tahun diperlukan sebelum boleh laksana TPPA, dan negara perlu 26 pindaan ke atas 17 undang-undang.

Selain Malaysia, 11 negara lain yang terlibat dalam TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam.